Islam
bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang
terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam
menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.
Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya
Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat
dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak
kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan
Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan
Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka
telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat
pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung.
Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari
negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke
tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu
empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

0 Comments so far »
Leave a comment